Sunday, August 29, 2010

..saat kamoo memilih dia..



suatu saat yg lalu,
tika Allah mengambil kembali apa yg dipinjamkan untuknya:


"syg..(panggilan untuknya)
kehilangan lelaki yg kita sgt syg adalah sebuah bukti kasih syg Tuhan.Menjauhkan kita daripada sesuatu yg tidak sepatutnya wujud dalam hidup kita.
Perasan atau tidak,saat lelaki itu wujud dalam hidup kita,
sering kali kita terpaksa memilih antara dia ataw kwn2 kita..
keluar mkn dgn dia ataw kwn2 kita..
memilih untuk memikirkan dia ataw kwn2 kita..
menyelesaikan masalah dia ataw masalah kwn2 kita..
merindui dia ataw kawan2 kita..
buat ape2 pun dengan dia ataw kwn2 kita..
percaya ataw tidak,kita akan memilih dia daripada memilih kwn2 kita.



..Lalu..pernahkah kita memikirkan perasaan kwn kita??
kerana dia,kita lupa..
siapa bisa mengesat air matamu saat kamoo menangis?
siapa bisa menggenggam erat tgnmu saat dia menyusahkan hidupmu?
siapa yg mendengar keluhanmu saat dia melukai hatimu?
siapa menyuruh dirimu bersabar akan karenahnya yg terkadang xbrperikemanusiaan?
siapa yg memeluk erat dirimu saat dia meninggalkanmu sendirian?
jawapannya kawan2 kerna..
hanya kwn2 yg bisa mngesat air matamu,memegang tgnmu,
memeluk erat dirimu..bukan dia.
kerna dia bukan siapa2 untukmu syg..


..mungkin saat dia hadir dalam hidup kita,
kita berasa sgt bahagia.

Biarpun lbh banyak air mata daripada ketawa..
kita tetap berkata kita bahagia.bahagiakah begitu?
hati yg kerap kali menipu hanya kerana dia.
ketika itu kita xperasan,kwn2 telah menyedari kemuraman hidup kita. namun xdiluahkan tentang itu..
bimbang,mereka dituduh iri hati dgn kita..

..Akurlah,
kehilangan dia menyedarkan kita dr lena yg panjang.

dia hanya fantasi yg xpasti..
hargai pada yg tahu menghargai..
cintai pada yg tahu mencintai..
sayangi pada yg sgt menyayangi..
ya,kawan2 kita..anugerah Allah xternilai..
amanah untuk menjaga kita ^_^



kerna itu..
aku mengajarkanmu
i love you,
kerna itu aku memanggilmu sayang,
kerna itu aku dating denganmu,
kerana itu aku kerap menghabiskan waktu bersamamu,
kerna itu aku menyambut genggaman tanganmu,
kerna itu aku cuba menjaga sebaiknya dirimu..
kerna..
aku tidak mahu dirimu kembali memilih dia!
usahaku ini hanya demi satu tujuan:
membawamu mendekati sebuah cinta yg sgt indah.
suci tanpa noda,sangat mendamaikan..
jiwamu akan persis air yg mengalir,tenang..
airmata haru yg xmungkin sia2..
janjiNya pasti,syg.


..kejarlah cinta dari
Empunya Dunia sementara dirimu msh bernafas..








..aku yg menyayangimu keranaNya..



Saturday, August 28, 2010

..hanyut..



..Mungkin ramai yg dh dengar lagu ni.
(tajuk entry....)

Aku pn dh banyak kali dengar.

Maybe sebab lagu dia agak catchy..

(Huh..betol ke eja tu huu~)

Ok..for those yg minat nasyid mesti bnyk komen2 an.

Mesti ade yg cakap ni nasyid ke ape?

xkurang gak yg suka(like me..)

sbb xdinafikan muzik nya yg rancak habis..

emm..ada sebab UNIC bawak lagu2 mcm nie..



..Ok, perasan x.. sekarang boleh dibilang dgn jari
berape je
umat manusia kt dunia ni dgr nasyid..
Kira UNIC bawak rentak lagu mcm ni sbb
nk bg
makhluk2 yg xdgr nasyid tu intrest larr..
sekaligus
,mesej yg disampaikan akan menyelinap masuk ke dalam hati2 mereka.
(macam lagu
Maher Zain kan ^_^) Insyaallah..



..Solute ar pada yg membuat lirik lagu ni.
Memang kena ngn dunia sekarang.
ya,manusia yg telah lupa..

erti mereka diciptakan
..


..for those yg xde lagu ni leh search.
ada 4lagu baru UNIC.

(xsilap ar..lupe dh..emm) yg laen pn sgt menyentuh jiwa gak..
Especially jalanku pulang ngn langkah tercipta.
Kalo dgr lagu langkah tercipta masa tengah berdepan

ngn ujian Allah...huh
Masyaallah,boleh meleleh air mata..
(menyentuh hati2 yg mencari kekuatan dariNya )
.
.haritu rumet down,aku bg dgr lagu ni.
padahal die xske ngat nasyid2 ni.
Dia kata thanks,lagu yg sgt mengharukan..
(haa..kan betol..huu)

OK till then,selamat menghayati^_^


Hanyut-UNIC

Cipta dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan,
Dan dihembuskannya nyawa,
Diikatkan janji tunduk hanya kepada-Nya.

Namun hakikatnya hidup,
Sarat pesona dusta,
Dugaan tuk menguji kehambaan,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
Selain perlindungan-Nya.

Berkurun terukir sejarah alpa,
Manusia dihanyut indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya,
Hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
Tak sedar langkahmu tika sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Lebur fatamorgana.

(Ulang rangkap 2, 3 dan 4)

Telah disuluhkan laluan,
Diberi segala pedoman,
Teriring akal dan fikiran,
Mengapa kehilangan?

Telah tertulis pengakhiran,
Pada selembar takdir insan,
Jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga,
Itu yang dijanji syurga.


Wednesday, August 25, 2010

..jendela hati yang disingkap..



"hidayah seperti cahaya, xakan menyapa mereka yang tidak membuka jendelanya"



..Tiada yg lebih menggembirakan apabila melihat jiwa2Nya
disentuh hidayah..
Ku menyedari diri yang tidak sempurna namun
aku juga menyedari bahawasanya
aku tidak akan pernah berhenti menyelami jiwa2 mereka.
Tiada kekerasan,tiada juga paksaan.
Yang ada cuma kekentalan.
Ya,kekentalan sekeping hati..
dalam memenangi jiwa2 kalian.


"Sedari diri bukan punya kuasa mengubah hati2 milik hambanya"
walhal cuma insan biasa,
yang ingin sekali menyusun saf2 yg panjang
bersama2 dlm mencari redha Yang Maha Pencipta.
Terutama buat kalian,
sahabat2 yg dekat denganku,menyelusuri pahit manis hidupku,
tahu akan isi hatiku,terkadang lelah akan karenahku,
menyambut dgn lembut kesedihanku,
redha akan keputusanku..n selalu sabar menerima kekuranganku..



"Jangan pernah meninggalkan sahabat andai benar kamu menyayangi mereka"
pesanan daripada salah seorang penceramah,
(waktu kem pendkwah,johor 09)
andai bukan kita yang menjaga mereka,siapa lg?
..aku telah sampaikan pesanan ini pada classmate ku.
ternyata ia menyentuh sebahagian jiwa dgn izinNya.
tenang lalu mendamaikan..
melihat satu demi satu penghijrahan.
membuat aku sedar,tiada yang lebih berkuasa
menyentuh hati2 manusia melainkan Pencipta
yang lebih Mengetahui tentang ciptaanNya..


..Seharusnya kita tidak perlu khuatir.
andai hati2 yg kita sentuh belum terbuka..
kerna itu bermaksud Allah belum mengizinkan..
mungkin kita terlupa menyelitkn doa disamping usaha.
mungkin juga kita terlupa menilai keikhlasan pada hati kita.
tepuk dada tanya iman..
moga aku n kalian bisa membentuk saf2 kukuh
yg semakin memanjang.
.lalu kita bisa bersatu,
pada satu2nya detik yg kita tunggu selama ini.
..kebangkitan dunia Islam..


..yakinlah dengan kebangkitan Islam..


Monday, August 23, 2010

..fenomena biasa..




..Fenomena biasa di bulan Ramadhan..
(perkongsian pas terawih yg dismpaikan oleh sahabatku syg..fatin)



pertama:
mengingati Allah hanya pd bulan Ramadhan. means that, 11 bulan full of kemungkaran.tp.. bila tiba bulan Ramadhan bersungguh2 bertaubat. Mungkin kita fikir kita boleh menipu dengan Empunya Dunia. Verily,Allah bukan hanya ada pada bulan Ramadhan tp Allah juga ada pd bulan Muharram,Safar n seterusnya. macam mana kalo xsempat bertemu Ramadhan seterusnya. Masyaallah..moga xtergolong dalam golongan itu. Nauzubillah..



kedua:
..berpusu2 menunaikan solat terawih pada waktunya. tapi..mengabaikan solat fardhu berjemaah pd bulan2 laen. lebih pada kaum muslimin kn.. padahal,mana lebih perlu diutamakan?? semestinya solat fardhu berjemaah.
dikatakan, sekali solat fardhu berjemaah itu lebih baek daripada 30 kali solat terawih.. emm tepuk dada tanya iman..




ketiga:
..tidur sepanjang hari di bulan Ramadhan. tidur selepas subuh,sambung zohor.. sambung lg pas asar,smpai magrib. (cm terase jek hukhuk) tp xdelah teruk smpai mcm tu an emm.. kalo sepanjang hari dh tidur,apalah ertinya puasa.
dimana letaknya iman kita.. bila masanya kita melakukan ibadah..lalu membiarkan Ramadhan berlalu penuh erti..
Astaghfirullahala'zim..



inilah antara fenomena biasa yg berlaku di bulan Ramadhan tanpa kita sedari kn.
Moga Ramadhan kali ini lebih beerti pada kalian juga diri yg hina ini.. ..amin.. wallahua'lam

Saturday, August 21, 2010

..membenci dunia dan mencintai mati??..


Sabda Nabi: Kelak umat2 lain akan mengerumuni kalian

seperti orang2 yg lapar mengerumuni hidangan mereka,

Sahabat bertanya:

Adakah kerana bilangan kita sedikit ketika itu?

Nabi bersabda: Tidak. Pada ketika itu bilangan kalian ramai tetapi kalian seperti buih di lautan.

Allah menghilangkan rasa takut dalam hati musuh kalian lalu mencampakkan “wahan” dalam hati kalian

Sahabat bertanya: Apakah itu “wahan” ya Rasulullah

Nabi menjawab: Cintakan dunia dan bencikan kematian

(Abu Dawud dan Ahmad)


..Pasti ada yang pernah terbaca atau terdengar hadith ni.

Aku?1st time aku baca kat montaj yang dibuat oleh muslimin,

memori surau Al-Irfan,KML 08/09(kalo xsilap).

That is the best montaj i ever seen.

(solute la korunk..)


..(banyak plak menyimpang!)Berbalik pada hadith ni.

td kak Fifah selitkan hadith ni dalam pengisian lepas terawih.

Actually,hadith ni sgt dekat dgn kita kn.

Baek pada diri sendiri ataw sekeliling..

saat manusia merasa dunia adalah segala-galanya.

saat manusia merasa hidup tiada akhirnya.

Kapan akan kita ingat kematian itu?


..Acapkali menggigil tubuhku untuk membaca tentang kematian.

baek membaca buku,menonton video n sewaktu dgnnya.

Sampaikan aku tidak dpt menjawab soalan drpd adikku.

"yang menerima seksaan di kubur itu,jasad atau roh??"

jujur, aku tidak pasti jawapannya..


..baru td aku menghabisi buku "LORONG KEMATIAN"

karangan Geidurrahman El-Mishry.

aku sangkakan buku ini tentang peperangan.

(tgk sinopsis..)

Namun begitulah rencana Tuhan..

mengizinkan aku mengetahui sedikit rahsiaNya,

Buku yg menceritakan tentang alam yg tidak kita ketahui.

Sesuatu yg kita xpernah mahu memikirkan..

Sesuatu yg kita buang jauh dr fikiran kita,

Kematian,alam kubur,mahsyar,timbangan,titian sirath,

malaikat,iblis,syurga,neraka...


..Membaca helaian demi helaian..

tubuhku seram sejuk,jantungku berdegup abnormal

berfikir tentang saat akhir hidupku..apa ak bisa seperti Abdul Hafidz al-Farisi?

(watak utama buku tu..)

insan biasa yang terlepas daripada pertanyaan Munkar n Nakir,

n semua malaikat yg bertugas sepanjang perjalanannya ke syurga.

Oh Tuhan..

alangkah beruntungnya kalo kita begitu.


..Lalu novel ini menyeretkan diri ku kepada sebuah keinsafan.

nilai sebuah keikhlasan..

yg dicarinya bukan syurga,yg dijauhkan dari dirinya bukan neraka..

yg dimahukan cuma sebuah cinta Rabb,

yang digapai apabila hati ternyata benar2 suci,

Dambaan setiap ahli sufi..

persis syair Rabiatul Adawiyah..

(syair yg selalu ada dlm buku yg menceritakan perihal Rabiatul Adawiyah)




..Serasa jauh benar kita dibandingkan dgn mereka..

namun berdoalah agar pengakhiran hidup ini dalam iman,

teruskan perjalanan ini biarpun payah.

Biarlah jatuh berkali2,asalkan dirimu dpt bangkit kembali.

Dia xpernah jemu menerima taubat darimu..

Kata ustaz Pahrol,

mengapa mesti takutkan mati?

sedangkan mati itulah yg membuat kita kembali kepada

yang membuat kita bermula.

mati itulah yg menemukan kita denganNYa..

Kekasih yg seharusnya saban hari dirindui..

Moga kita di kalangan itu,yg merindui saat itu..

..amin..


Wednesday, August 11, 2010

..detik2 mengharukan..



..Dua hari sebelum Ramadhan..
..Tiba2 perut xselesa,semua yang ak makan keluar semula.
salah makan?masalhnya aku muntah jew.perut xsakit pn.
dh lembik jadinya.kelas xpegi.
tido dlm kelaparan..
emm
tatkala kita diberi ujian,seharusnya kita bermuhasabah.
ku tahu,Tuhan amat menyayangi diri ini.
Tak dibiarkan ak jauh dari jalanNya.
seringkali ujian itu mengingatkan aku padaNya
..amat mengharukan..
melalui detik2 kesakitan sendirian
(kalo sakit,mesti ingat umi..touching jew,,huu~)


..Sehari sebelum Ramadhan..
..Apa ertinya ujian ini padaku?
untuk membangkitkan ak dari sebuah kealpaan.
bersungguh demi dunia semata2 adalah sia2.
keadaanku masih lg suam2 kuku
(huh..tah betol x peribahasa tu..mcm xlayak jew..)
ye,ak muntah lg.
tiap kali aku muntah,,aku mnyedari.
betpa selama ini ak diberi kurnia untuk trus mkn n mkn.
tapi kurnia itu dpersoalkan..
kenapa perut ini acapkali kelaparan
(tiap dua jam,mesti mkn ish3..dasat..)
tidak perlu menunggu terlalu lama untuk Tuhan menjawabnya..
Ujian ini..
membuat aku mengerti tiap 1kejadian.
tiap 1hikmah.dan..
tiap 1 sebab pada semua kurniaanNya..


..benar bukan,terlalu sedikit di kalangn manusia itu..
yg benar2 bersyukur..
Wa'fuanna Wagfirlana Warhamna..


,,Ramadhanku yg pertama..
Ku pohon diberi kekuatan..
Biarpun keadaanku masih sama.
(wahai perut..bertahanlah kamoo..)
ya.
detik mengharukan saat menyentuh Ramadhan pertama..
masih diharungi.
tahun ini..
saat ku mengira detik.
(apakah aku sempat..?)
saat dahi menyentuh sejadah biruku
pada terawih pertama
(apakah ak sempat..?)
saat menghirup jus kurma tok guru pd sahur pertamaku
(apakah ak akn kuat..?)
saat buat kesekian kali..
subuhku ditemani ayat2NYa,lembut suara Syeikh Masyari
menyentuh gegendang telingaku
(apakah ak akan kuat..?)



..detik2 mengharukan..
saat diberi peluang menyentuh Ramadhan pertamaku..
tahun ini..
sewaktu usiaku menjejak 21
semakin berusia..
ya,semakin berusia..
sudah boleh mengerti erti sebuah kehidupan.
mengerti hidup yg tidak panjang..
menjadikan rindu ini semakin membuak2..
pada Ar-Rahman yang Maha Mengasihi.
Tuhan,,
kuatkan aku pada Ramadhanku kali ini
agar ia tidak berlalu pergi tnpa erti.
Hiasi Ramadhanku kali ini Ya Rabb.
agar detik2 mengharukan ini,akan bertukar..
membentuk sebuah gulungan yg unggul di akhirnya,
sebuah kejayaan yg indah.
menyertai saf hamba2Mu.yang berlumba..
meraih cintaMu n keindahan RamadhanMu..
..till then..
(detik2 mengharukan seorang musafir jalanan di bumi serambi Mekah)