“Senyum-senyum..”
Alahai..macam mana pulak aku boleh lupa adik aku seorang ni ada kat dalam bilik.
“Nisah tengok akak tenung baju pengantin tu sampai nak tembus. Err..ada muka Abang Umair eh kat situ..” mengekek-ngekek dia ketawa.
“Amboi-amboi..sedapnya kenakan akak. Tunggulah turn Nisah nanti!” giliran aku mengenakan Anisah. Laju je bibirnya mencebik. Aku membaling bantal tepat pada mukanya.
“Buruk!” Ops..
“Kak Liya...!!!”
Bunyi pintu dibuka dari luar. Terjengul mama bersama bunga telurnya. Tak,sebenarnya bunga-bunga telurnya.
“Apa yang bising-bising ni?”
“Ni hah Kak Liya..Orang pakaikan inai bukan reti duduk diam. Habis comot jari dia..”
Mengomol-ngomel Anisah mengadu pada mama. Mama menyengih aje. Aku menyambut sengihan mama dengan senyuman.
“Aliya..cantik tak?Aliya suka?”sambil menunjukkan gubahan bunga telur yang telah digubah oleh Mak De.
Aku mengangguk laju. Pink! Warna favourite. Of courselah aku suka.. Anisah menjeling. Oh ye..Anisah memang tak berapa suka pink. Girly sangat katanya.. Whatever..
Handphone bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“Nisah...ambilkan phone..” intonasi suaraku sengaja diubah ala-ala mengada. Anisah mencebik untuk kali yang ke berapa. Hish!cepat tua la budak ni.
“Ehem-ehem..panjang umur buah hati dia” Anisah mengusik.
Aku malu. Pasti Umair..
Aliya..sy berdebar ^^ aku tersenyum. Ada-ada je Umair ni.
Awak nk apa?sy bz ni.
Amboi..garangnya ck kak ni hee Sy nk pesan,esok jgn makeup tebal2 ye. Kalo x..
Kalo x?
Kalo x..sy xnk kawen ngn awk ^^
Fine. Sy kawin ngn org lain..>_<
Hish!apa ckp mcm tu??sdey sy:(
Xadala..sy gurau je.Insyaallah sy ingt pesan awk.
Terima kasih..
..Oh Tuhan..aku bahagia mengenali bakal suamiku ini. Padahal baru sebulan kami berkenalan, insan bernama Umair bin Mukhriz,calon suami pilihan mama. Ya,pilihan mama. Hanya setelah aku membuat keputusan untuk menyerahkan semua urusan jodohku pada Allah. Sakit semalam dibiarkan sepi. Sampai bila aku harus menangisi. Sedang yang bersedih nanti pasti orang-orang yang aku sayangi. Papa,mama,K.Fida,Anisah dan Adik Im..
Almari kecilku buka. Ada banyak benda kat dalam tu. Tapi,yang aku cari bukan banyak pun. Cuma sebuah buku tebal berwarna pink,“Inspirasi Cinta Terhebat” dan sebuah Quran tafsir berwarna biru. Hadiah daripada dia. Dia?
..Dia yang ku kenali setahun yang lalu..Seharusnya insan yang aku dambakan untuk menjadi suami ku bukan Umair bin Mukhriz tapi dia. Dia yang ku kenali adalah sahabatku. Siapa tahu akhirnya aku jatuh cinta dengan sahabatku sendiri. Meski aku tidak pernah tahu apakah dia juga mencintaiku. Sehinggalah...di saat aku tekad untuk terus mencintai...Allah menunjukkan kepadaku.
“Aliya..cinta tidak semestinya memiliki..”
Begitu pujuk sahabat baikku Syuhada sewaktu menghadiri majlis pernikahan Faiz dan Maisarah. Yup! Muhammad Faiz bin Hashim..Dia,cinta pertamaku. Dia kisah semalam ku. Dia sebahagian hidupku suatu saat dulu. Pada ketika Syuhada menyeka air mataku, aku masih menatap pasangan bahagia itu dari jauh.. Faiz mengahwini Maisarah, teman mayanya. Senyuman yang terukir pada wajah mereka benar-benar membuktikan bahawa mereka sedang bahagia..Dan sejak itu, kitab cinta ini terkubur. Senyap.sunyi.Jauh tertusuk dalam hati.
“Nisah..bagi buku ni dengan Quran tafsir ni kat kawan Nisah eh?”
“Eh Kak Liya, betul ke ni?” Nisah memandang ku meminta kepastian. Aku tersenyum sambil mengangguk.
Tuntas,aku dipeluk. Suasana sebak menyelubungi. Pelukan yang pernah menguatkan aku suatu saat dulu. Saat aku rebah pada sebuah cinta yang tak pasti. Pelukan mama,Kak Fida dan Anisah..adik perempuan yang sangat aku kasihi.
********
..Aku menanti penuh debar. Jari-jari yang telah berinai ku dekatkan ke hidung. Wangi. Kak Fida menggeleng..Suka sangat bau inai. Aku menyeringai ketawa. Biarlah! Jubah pengantin berwarna silver sudah tersarung pada tubuhku. Tak ketat. Itu permintaan Umair. Aku tersenyum. Gelagatnya selalu membahagiakan diriku. Oh Tuhan..moga aku bahagia bersamanya hingga ke syurga..
“Kak Fida!Jangan tebal..Abang Umair tak bagi,nanti dia taknak kawin dengan Aliya” aku mengingatkan Kak Fida yang menjadi jurusolek tak bertauliah untukku.
Kak Fida tersengih. Eh,kenapa pula Kak Fida senyum-senyum ni?
“Abang Umair ye..” Sengaja Kak Fida menekankan perkataan ‘abang’ di situ. Ops!tersasul..sejak bila pulak aku panggil dia abang Umair..malunye!
“Aliya..akak bahagia tengok Aliya macam ni.. Baru Akak tak susah hati lagi..Insyaallah akak yakin Aliya akan bahagia dengan Umair..” Kak Fida mencubit pipi ku. Sakitla Kak Fida...Tuntas aku tersenyum, mengaminkan doa Kak Fida. Penuh makna..semoga..semoga..
Dan..pada detik aku menguntum senyuman bahagia..Pada detik hati ini tidak henti-henti mengucap syukur..Pada detik aku sedang memintal bait-bait doa agar semuanya baik-baik belaka..
“Kak Liya!!” Anisah tiba-tiba memanggil separuh menjerit dengan muka yang agak mencemaskan. Aku dan Kak Fida menoleh serentak.. Terkejut.Kenapa dengan Anisah ni? Selang beberapa saat mama dan papa sudah pun berdiri di pintu. Betul-betul bersebelahan Anisah. Saling berpandangan..saling mendiamkan diri. Aku mengerutkan kening tanda menyoal? Dadaku berombak kencang..
“Rombongan Umair accident!” Ya Allah.....itu ayat terakhir yang aku dengar daripada mulut papa. Selebihnya, aku hanya mendengar sayup-sayup namaku dipanggil. Pipiku panas dek tertumpahnya air mata yang tak kuasa lagi untuk aku tahan.
Tak. Bukan rombongan Umair yang accident. Hanya kereta yang dinaiki oleh Umair. Dan.. Allah cuma mengambil nyawanya. Nyawa insan yang seharusnya menjadi teman hidupku saat ini..Aku diduga lagi ya Tuhan..Aku merintih.Bersama dengan jubah pengantin ini,aku mengiringi pemergian Umair dengan air mata. Kenduri kahwin bertukar menjadi majlis tahlil. Aku sebak. Terngiang-ngiang mesej yang dihantar oleh Umair semalam..
Jangan makeup tebal2 tau..Kalo x,sy xnk kawin dengan awk..
..Aku menyentuh wajahku.
“Awak..saya makeup tebal sangat ye..sebab tu awak taknak kawin dengan saya kan..”
Air mataku mengalir lagi. Mukaku sudah sembap. Kak Fida masih setia memeluk bahuku memujuk. Mama? Entahlah..mama mungkin sudah tidak betah lagi melihat anak perempuannya yang satu ini. Maafkan Aliya mama...maafkan Aliya..Ya..seandainya sudah tiada iman dalam diriku,aku mungkin merasakan hidup ini sudah tidak ada gunanya lagi. Dulu aku kehilangan Faiz dan kini Umair.. Mana mungkin Allah menyangka aku sekuat itu untuk menghadapi kehilangan sebegini??
“..Dan sampaikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Innalillahi wainna ilaihi rajiun’(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)”
..Hari berganti hari,bulan berganti bulan. Meneruskan hari-hariku sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Batu 48 membantu aku kembali bangkit dari kisah-kisah semalam. Biar terkadang terasa sepi.Tiada Umair. Tiada Faiz. Tiada sesiapa dalam hatiku. Biarlah. Biarkan kisah ini terhenti di sini. Aku tenang bersendiri. Seandainya mereka mahu mengatakan aku tidak redha. Aku akur. Cerita hati ini hanya Allah yang tahu. Mengalami dua kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan. Mereka yang memandang bisa melihat aku semakin tenang. Namun, hakikatnya aku cuba untuk bertenang. Demi mama,papa,Kak Fida,Anisah dan Adik Im..Tiga tahun aku meninggalkan watak Umair dalam hidupku ini bermakna hampir tujuh tahun aku melenyapkan cinta pertamaku, Faiz..Dan baru beberapa hari lepas, Anisah melangsungkan pernikahannya dengan Badrisyah. Bahagia dengan pilihan sendiri,teman sekampusnya waktu di UiTM dulu. Sekurang-kurangnya bisa membuat mama tersenyum kembali dan melupakan sesaat tentangku. Alhamdulillah...
“Nurul Aliya..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya sayang..”
Aku sebak. Bicara mama bagai air yang mengalir terus ke dalam hatiku yang selalu merindukan kata-katanya. Tuntas mama memelukku erat. Keyakinan mama padaku,adalah pinjaman kekuatan dari Allah untukku. Jangan ambil mama lagi ya Allah..aku belum bersedia..Air mata mama mengalir. Seakan mendengar jelas bisikan doa yang ku titip jauh di sudut hati ini..
*******
“Aisy minta maaf cikgu. Aisy tertidur semalam..” Aisya menunduk. Salah seorang anak muridku yang agak cerdas otaknya. Berbadan kecil dengan pipi yang sedikit montel. Tudungnya yang sedikit senget membuatkan Aisya terlihat comel pada pandanganku. Tapi hari ini Aisya tidak menyiapkan kerja sekolah yang disuruh. Sebagai guru, comel atau tidak..hukuman tetap hukuman..
“Disebabkan ini adalah kali pertama Aisya tak siapkan kerja sekolah. Cikgu maafkan ok..Lain kali, tiada maaf tau!” aku menegaskan sedikit suaraku. Tak sampai hati sebenarnya untuk memarahi si comel ini.
Dan..Aisya tuntas menguntum senyuman gembira. Mengambil bukunya yang telah aku semak sebentar tadi.
“Horeay!!!” kembali ke tempat duduknya dengan kening yang terangkat. Kanak-kanak..gelagat mereka selalu menyenangkan bukan. Silap besar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 48, Puan Ainun menyuruh aku mengajar Tahun 1 Anggun. Kata mama, habislah budak-budak tu dimanjai oleh Aliya..hehe sebab aku memang suka budak-budak..Namun,mengajar murid-murid Tahun 1 memerlukan kesabaran yang tinggi terutama dalam melayan karenah-karenah mereka..Contohnya..
“Cikgu....Aiman pukul saya..”
“Cikgu..Hanif curi pemadam saya..”
“Cikgu...kenapa hari ni tak pakai tudung biru?”
“Ckgu..rumah cikgu ada Astro tak?”
“Cikgu..baju cikgu cantikla..”
“Cikgu..cikgu...”
Huh..banyaknye cikgu-cikgu..Penat aku nak melayan. Pernah satu ketika,aku memang dalam mood yang agak merbahaya. Almaklumlah, datang bulan katakan..Haru biru satu kelas apabila aku tiba-tiba mengamuk. Mana tidaknya, yang ini panggil yang sana panggil..Kelas 1 Anggun persis suasana di pasar. Bising! Usai aku menjerit mengalahkan bunyi halilintar menyuruh mereka diam..Kelas 1 Anggun menjadi sunyi sepi. Aku sendiri terkesima. Lalu kelas berakhir dalam keadaan yang sangat dingin. Aku dipagut rasa bersalah.
Sewaktu loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah berakhir,aku pantas mencari kelibat Aisya.
“Aisya!Aisya..sini kejap!”
Aisya yang sedang menghala ke pagar sekolah tuntas menoleh. Berkira-kira mahu menurut atau tidak. Lambat-lambat dia mendekat.
“Aisya..cikgu garang sangat ye tadi?”
Aisya masih menunduk. Takut sebenarnya.
“Emm..sekarang cikgu marah lagi?”
Aku tersenyum “Tak..”
“Cikgu Aliya..Cikgu jangan jerit macam tu lagi tau..Aisy terkejut. Kawan-kawan Aisy pun sama. Emm..Cikgu Aliya kan tak pernah jerit-jerit macam Cikgu Intan jadi Aisy tak biasa..” jujur jawapan yang terpancul keluar dari bibir Aisya. Kanak-kanak yang baru berumur 7tahun. Aku ketawa mendengar Aisya menyebut nama Cikgu Intan. Siapa yang tidak kenal Cikgu Intan. Suaranya seperti raksasa kata Aisya.
“Cikgu, Aisy balik dulu ye. Abi dan tunggu lama tu..” Segera dia kembali berlari menuju ke pagar. Sebuah kereta Vios berwarna hitam kelihatan sedang menunggu. Aku hanya melihat dari jauh pemiliknya. Tidak jelas! Sebenarnya, ada sesuatu pada Aisya yang tidak ada pada murid-murid Tahun 1 Anggun yang lain. Ada sesuatu yang membuatkan aku melebihkannya tanpa sedar. Aisya..anak yatim. Ya, Aisya tiada ibu. Menurut Aisya, ibunya meninggal sewaktu dia dilahirkan. Dan Aisya hanya dibesarkan oleh ayahnya seorang doktor. Subhanallah..dugaan besar buat anak sekecil itu bukan. Namun, Aisya tidak sugul. Malah sangat cerdas dan riang. Aku harus lebih bersyukur bukan??Aliya..Aliya..
*******
“Cikgu Aliya nak jadi umi Aisy tak?” Aisya tiba-tiba datang ke tempatku di bilik guru pada waktu rehat.
“Eh Aisya tak pergi rehat ke?”
“Lepas cikgu jawab soalan Aisy,Aisy pergi rehat..Cikgu nak jadi umi Aisy tak? Nak kahwin dengan Abi Aisy tak?”Aisya mengulang kembali soalannya tadi. Adakah aku tersalah dengar? Tidak,aku mendengarnya dengan jelas. Telingaku belum tuli. Aku mengerutkan dahi. Soalan Aisya sangat aneh pada pandanganku.
“Kenapa Aisya tanya macam tu?” aku menjawabnya dengan soalan.
Aisya diam. Riak wajahnya bertukar sedih. Lama dia diam..
"Jadi Cikgu taknak jadi umi Aisy la ye?" Nadanya berbaur kecewa. Aku semakin bingung. Puas ku bertanyakan sebabnya,sehinggalah akhirnya loceng sekali lagi berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun berakhir. Aisya pamit. Sempat aku menghulur cekodok bilis,bekal daripada mama pagi tadi. Aisya pergi namun masih dengan wajah yang sugul.Aku terpinga-pinga. Aisya kenapa??
..Belum habis benak fikiranku dengan persoalan tentang Aisya, aku pulang dengan kejutan daripada mama. Hampir luruh jantungku mendengar permintaan mama.
“Aliya jumpa Faiz ye. Adik Im temankan k..” Nokhtah!
Tak perlu bertanya banyak dengan mama. Sudah tidak ada daya untuk ku melihat mama bersedih memikirkan perihal anaknya yang sorang ini. Aku menurut. Petang itu, aku ke taman permainan berdekatan sekolah tempatku mengajar bersama Adik Im dan Faris,anak buahku..Anak sulung Kak Fida. Bersetuju untuk bertemu dengan Faiz bermaksud aku harus membuka kembali kisah silamku yang pernah aku kuburkan satu ketika dulu..Aku sendiri tak pasti kenapa mama beria-ria menyuruh aku bertemu dengan Faiz. Tidak cukupkah mama melihat anak perempuannya ini bersedih..Bukankah mama tahu Faiz tu suami orang??
“Assalamualaikum..” satu suara menyapa dari kanan membuatkan aku yang sedang asyik melihat Faris bermain segera menoleh.
.Oh Tuhan..itu wajah yang ku rindui satu ketika dulu.Dada ku bergetar hebat. Tujuh tahun Aliya..Kenapa semuanya masih segar di memorimu?? Itukah Faiz? Tampak sedikit berubah. Sudah berjanggut,badannya sedikit berisi dan rambutnya yang agak panjang menampakkan dirinya lebih matang berbanding tujuh tahun yang lalu. Aku menjawab salam usai dia mengambil tempat di bangku berhadapan denganku.
“Aliya apa khabar? Dah lama saya tak dengar khabar awak sejak..”
“Sejak awak berkahwin??” aku menyambung ayatnya tanpa izin. Masakan Faiz mahu mengambil tahu hal aku sedang dia sudah punya isteri. Oh Aliya..kamu lupa bukan..yang dia pernah menjadi sahabatmu suatu ketika dulu..
“Emm...” Faiz menunduk. Suasana sepi seketika.
“Maisarah sihat?” aku berbasa-basi. Merenungnya dalam.
Langsung Faiz mengangkat muka. Riak wajahnya seakan terkejut.
“Aliya tak tahu?” dahinya berkerut.
“Tak tahu apa?”aku menyoal kembali. Apa yang terjadi?? Kisah mana yang aku tertinggal??
**********
..Aku merenung wajah mama. Wajah Kak Fida. Wajah Anisah. Dan...lama pada Adik Im. Ya, Adik Im. Dia yang menjadi dalang di sebalik kisah terbaru hidupku ini.
“Maafkan Im Kak Liya..Im cuma..” sugul terpancar pada wajah adikku yang satu ni. Merasa bersalah benar pada kakaknya. Berhubungan dengan Faiz tanpa pengetahuanku. Dan akhirnya,semua diari hidupku sebenarnya sudah di dalam pengetahuan Faiz. Tanpa terlepas satu pun.
“Mama..Aliya nak berehat dulu ye..” aku meninggalkan mereka tanpa jawapan. Penat. Semua ini benar2 membuat aku semakin lelah..Ya Allah..ku butuh kekuatan dariMu..
“Kak Aliya...” langkahku terhenti mendengar panggilan Adik Im.
“..Salah satu ciri-ciri orang yang bertaqwa tu adalah..orang yang menahan kemarahannya dan sudi memaafkan kesalahan orang lain...” Menunduk sebak. Bukan hanya Adik Im. Malah mama, Kak Fida juga Anisah turut sama merasainya.
..Air mata ku bertakung. Langsung aku menoleh ke arah Adik Im.
“Surah Ali-Imran..Maafkan Im” sambungan bicaranya bergetar. Dan tatapan matanya yang redup memecahkan empangan air mataku yang sejak tadi menunggu waktu. Ku hadiahi segarit senyuman pahit..Lalu pamit.
Titis-titis wudhuk tersisa di wajahku. Hatiku jauh lebih tenang berbanding tadi..Petang itu, Faiz menyatakan hasratnya untuk memperisterikan diriku. Dan..mama juga mahu aku menikahi Faiz..Allahuakhbar..Menerima Faiz bererti mengahwini seorang duda beranak satu dan...itu bermaksud secara automatiknya,aku akan bergelar isteri dan ibu serentak! Aku sebenarnya masih berusaha untuk menerima hakikat bahawasanya Faiz sudah kehilangan isterinya hampir tujuh tahun yang lalu. Ya Allah..aku masih bingung akan ketentuanMu yang satu ini. Layakkah aku menggantikan tempat Maisarah? Bagaimana kalau aku tidak mampu menjadi ibu yang baik untuk anaknya?
*********
..Ah sama!Mengapa mesti sama...Baju yang sama..Waktu yang sama..Oh Tuhan..pundakku terasa berat..Bagaimana kalau kejadiannya juga sama?Astaghfirullahalazim..
“Aliya!” jeritan Kak Fida tiba-tiba membingitkan telinga. Lamunan ku berkecai seribu. Serpihannya terpelanting ke sana sini. Aku meraup wajah. Suasana sebegini mengingatkan aku pada detik aku hampir menikahi Umair.
“Allah..Rahman..Allah..Rahim..” Lagu Cahaya Hati nyanyian Opick memenuhi ruang bilik.Itu bunyi handphoneku!
Kak Fida langsung menjawab memandangkan aku perlu waktu untuk bersiap. Ya..hari ini,sekali lagi aku melaluinya. Cuma yang berbeza,aku bukan mengahwini Umair tetapi Faiz. Cinta pertamaku..suatu saat dulu. Biar bagaimana cerita semalam diatur, aku akur penentu terbaik hidupku adalah Dia. Dan..aku redha kisah cintaku begini.. Alhamdulillah..pintu hatinya ku ketuk buat kali kedua..Muhamad Faiz bin Hashim..Oh Tuhan,izinkan aku bahagia..Kali ini aku benar-benar yakin, dia jodoh buatku. Izinkan aku benar2 merasainya Tuhan..Izinkanlah..
“Err..Cik Aliya yang beberapa minit lagi akan menjadi Puan Aliya..putera hati telefon ni hah! Ish, berangan je kejenye” Kak Fida menghulur handphone kepadaku. Aku tersengih kalah kerang busuk.
“Assalamualaikum Faiz..”
“Waalaikumsalam Aliya..Aliya! awak kena tolong saya..” suaranya cemas. Ya Allah..tak mungkin sekali lagi musibah dariMu Tuhan..aku mula berfikiran negatif!
“Awak, kenapa ni??” desah nafasku berirama hip hop. Emm maksudnya,huru hara ye.
“Anak saya..awak kena pujuk dia...” suaranya bernada kecewa. Anak? Hah, hal inilah yang aku bimbangkan sangat. Sudah puas aku menyuruh Faiz menjelaskan dengan detail sekali pada anaknya. Membawaku bertemu dengan anaknya. Namun dia hanya mengambil sikap sambil lewa.Katanya, anaknya pasti setuju! Dan...
‘Aisy tak mahu umi lain!!!!!!!!!!!!!!!!!’ itu jeritan yang aku dengar daripada sana. Aisy?Aisya??
“Err..awk!Cuba bagi phone kat anak awak. By the way, what’s your daughter’s name my dear?”
“Aisya..” aku tersenyum lebar. Selebar-lebarnya. Cantiknya aturanMu ya Tuhan..
“Siapapun makcik, Aisy tak mahu makcik kahwin dengan abi!! Aisya tak mahu umi lain selain umi Aisy..Umi Maisarah!” begitu anak kecil itu tekad. Tiada kompromi. Itupun,hanya selepas setengah jam memujuk baru dia mahu mengambil handphone daripada Faiz. Aku tersenyum. Semakin melebar sebenarnya.
“Emm kalau tak silap la kan..ni Aisya kan..kelas 1Anggun kan..”
Pemilik suara yang di sana tiba-tiba menyepikan diri. Esakan juga terhenti.
“Kalau Cikgu Aliya jadi Umi Aisya..Aisya nak?”
“Cikgu Aliya? Eh..ni Cikgu Aliya ey..Betul ke Cikgu Aliya nak kahwin dengan abi???” suaranya tiba-tiba pulak bertukar riang.
"Suara cikgu pun Aisya lupa ke? Nak kena denda ni..."
"Hee bukan Cikgu Aliya la..Umi Aliya..Yeay!!!!! Aisy ada umi lagi....."
Wah wah wah langsung dia teruja. Handphone terus bertukar tangan.
"Ok..boleh cerita kt sy apa yg terjadi??" Faiz kebingungan. Aku tersenyum bahagia bersama selautan kesyukuran..Aisya binti Muhammad Faiz..Emm masakan aku boleh tak perasan selama ni.. Usai aku memberikan salam, aku terus menamatkan talian meninggalkan Faiz yang sedang bingung barangkali. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
“Saat aku meminta mentari
Kau bukan saja memberiku mentari
malah juga pelangi nan indah
Indah dlm rona Kasih sygMu Tuhan..
Alhamdulillah..
SYukur...Alhamdulillah..”
***********
“Yaya...” dia memanggilku lembut sambil tanganku dielus. Yaya? Aku tertawa lucu. Macam nama watak kartun dalam cerita Boboiboy..Itu kata Aisya sewaktu kali pertama Faiz memanggilku dengan panggilan itu. Namun Faiz tetap tekad memanggilku Yaya. Biarlah!katanya..
“Yaya..abang menerima Yaya seadanya. Begitu abang pernah mengasihi Maisarah satu saat dulu, Yaya juga pernah mengasihi Umair. Abang tidak akan memaksa Yaya melupakan terus Umair sepertimana abang tidak pernah melupakan Maisarah,isteri abang dan ibu kepada Aisya. Abang menerima Yaya seadanya. Dan abang percaya,Yaya akan mengasihi abang dan menyayangi Aisya seperti anak kandung Yaya sendiri..” bicaranya yang penuh makna. Bisa menjatuhkan bulir-bulir jernih di pipiku dek terharu. Aliya kan memang cengeng. Mama sendiri mengakuinya. Matanya ku tatap dalam. Tuntas ku mengangguk lalu menghadiahinya sebuah senyuman bahagia khusus untuk Faiz,cinta pertamaku suatu saat dulu dan insyaallah kini dan selamanya..
“Umi..umi...tengok bobo ni taknak makan! Umi bagi Bobo makan apa ek?”
Tu dia..anak kesayangan kami sudah datang. Bersama-samanya ada seekor anak kucing berwarna kelabu yang dipanggilnya Bobo. Dan tiba-tiba, Faiz bangun lalu menjarakkan diri daripadaku. Eh,kenapa?
“Ooo...jadinya,Yaya yang bagi Aisy anak kucing tu ye?Haru biru abang dibuatnya tahu tak!” Suaranya sedikit protes. Dengan muka yang tak puas hati itu,bisa meletuskan tawa besar aku dan Aisya.
“Umi..abi takut kucing laa..hee” Bobo diletakkan di ribaanku. Dan Aisya menempel di sebelahku.
Aku masih ketawa geli hati. Melihat gelagat suamiku yang mengalahkan budak kecil. Lupa la pulak yang Faiz memang fobia dengan kucing..
“Waktu Yaya bagi Bobo kat Aisy,mana laa Yaya tahu kalau abi Aisy tu abang..Kalau tak,takla Yaya bagi..”
Hee...Comelnya suamiku yang seorang ini!
-the end-^_^
...Secret of the heart..
>Blueyescrystal<
2 comments:
keep it up, sis. sangat best ! by the way, lama tak jejak ke sini :')
..thanks dear...^_^ btw,SH tukar blog adress ke??nape bukak xdpt ek?
Post a Comment