Monday, February 28, 2011

..ayah saya jahat!..



..Bas menghala ke Terengganu atau mungkin ke Kota Baru.
Tapi yang pasti Faiz mahu ke Terengganu.
Bas lengang hanya berpenumpang seramai 10 orang.
Dan Faiz duduk berseorangan. Tiba-tiba seorang budak berdiri mendepaninya.
Dia memandang tepat ke arah Faiz. Faiz kehairanan.



Adik: Abang,abang nak pergi mana?
Faiz: Abang nak pergi Terengganu. Adik?
Adik: Adik nak pegi Kota Baru. Nak tengok orang accident.

..Keramahan budak lelaki tersebut membuatkan Faiz senang berbual dengannya. Faiz meminjamkan handphonenya memandangkan kanak-kanak lelaki tersebut kelihatan bosan.


Adik: Berapa umur abang?
Faiz: 21.Adik?
Adik: 7tahun.

..Dia meluru ke belakang meninggalkan Faiz untuk seketika.
Tak lama kemudian,dia datang lagi.



Adik: Abang, umo mak saya 31.
Faiz: Oo..adik datang ngan mak. Ayah mana?
Adik: Ayah dh xde.


..Alamak,Faiz dah tersalah soalan nampaknya..emm


Faiz: Apa nama adik?
Adik: Muhammad Syafiq bin Abdullah.
Faiz: Adik, ayah adik sakit apa ek?
Adik: Ayah xsakit. Ayah lari tinggalkan saya ngan mak.
Ayah saya jahat!


..Wajah budak berumur tujuh tahun itu berubah.
Banyak lagi yang diucapkan namun Faiz menyimpulkan
bahawasanya insan bernama Muhammad Syafiq itu menyimpan dendam
jauh di sudut hatinya. Ya, kepada ayahnya sendiri. Tahu x apa maksudnya..
Muhammad Syafiq bin Abdullah adalah anak luar nikah.Mungkin??


Adik: Abang,boleh tak saya duduk sebelah abang?


..Hati Faiz meruntun,bulir2 jernih bertakung.Faiz menangis?
Entah,aku sendiri xpasti. Tapi..kalau aku di tempatnya,
akan berderailah air mataku tanpa diminta.
Sepanjang perjalanan, dia berbual2 dengan Faiz,bermain handphone Faiz
dan tuntas dia selesa berbaring di ribaan Faiz.
Ternyata anak kecil itu, mendamba kasih sayang seorang ayah.
Dan Allah menemukannya tepat dengan orang yang luhur hatinya.


Faiz: Adik,kita dah sampai Terengganu. Abang dah kena turun. Jaga diri baik2.
Belajar rajin2. Jaga mak k.

(dan banyak lagi yang dinasihatkan..aku dah lupa)



..Faiz menyalami anak kecil itu dan bersedia untuk turun
Namun genggaman tangan milik Muhammad Syafiq tidak juga terlerai.
Faiz tergamam.

Adik: Abang, janji. lepas ni kita akan jumpa lagi. Kita tetap akan jumpa kn..

..Faiz mengangguk laju dan berlalu.
Sebelum air matanya tumpah di sini, dia harus pamit.
Jika tidak..dia akan menyebabkan Muhammad Syafiq juga menangis.


***
..Andai kita di tempat Faiz,
apakah agaknya perasaan kita??

Bersyukurlah sekalian manusia
atas apapun yang ditimpakan ke atasmu
kerna Allah mentarbiah manusia
dengan cara yang berbeza!
Adakala kau akan diberi kesempatan mengetahui rahsia Tuhan

Namun.. adakala kau ditinggalkan dgn beribu persoalan
mencari n terus mencari hikmah rencanaNya.
Yang pasti..

syukur itu harus selalu di sisi



..budak baek hati n matang!
terima kasih atas perkongsian cerita.
semoga Allah menjaga mu^^







No comments: