Sabda Nabi: Kelak umat2 lain akan mengerumuni kalian
seperti orang2 yg lapar mengerumuni hidangan mereka,
Sahabat bertanya:
Adakah kerana bilangan kita sedikit ketika itu?
Nabi bersabda: Tidak. Pada ketika itu bilangan kalian ramai tetapi kalian seperti buih di lautan.
Allah menghilangkan rasa takut dalam hati musuh kalian lalu mencampakkan “wahan” dalam hati kalian
Sahabat bertanya: Apakah itu “wahan” ya Rasulullah
Nabi menjawab: Cintakan dunia dan bencikan kematian
(Abu Dawud dan Ahmad)
..Pasti ada yang pernah terbaca atau terdengar hadith ni.
Aku?1st time aku baca kat montaj yang dibuat oleh muslimin,
memori surau Al-Irfan,KML 08/09(kalo xsilap).
That is the best montaj i ever seen.
(solute la korunk..)
..(banyak plak menyimpang!)Berbalik pada hadith ni.
td kak Fifah selitkan hadith ni dalam pengisian lepas terawih.
Actually,hadith ni sgt dekat dgn kita kn.
Baek pada diri sendiri ataw sekeliling..
saat manusia merasa dunia adalah segala-galanya.
saat manusia merasa hidup tiada akhirnya.
Kapan akan kita ingat kematian itu?
..Acapkali menggigil tubuhku untuk membaca tentang kematian.
baek membaca buku,menonton video n sewaktu dgnnya.
Sampaikan aku tidak dpt menjawab soalan drpd adikku.
"yang menerima seksaan di kubur itu,jasad atau roh??"
jujur, aku tidak pasti jawapannya..
..baru td aku menghabisi buku "LORONG KEMATIAN"
karangan Geidurrahman El-Mishry.
aku sangkakan buku ini tentang peperangan.
(tgk sinopsis..)
Namun begitulah rencana Tuhan..
mengizinkan aku mengetahui sedikit rahsiaNya,
Buku yg menceritakan tentang alam yg tidak kita ketahui.
Sesuatu yg kita xpernah mahu memikirkan..
Sesuatu yg kita buang jauh dr fikiran kita,
Kematian,alam kubur,mahsyar,timbangan,titian sirath,
malaikat,iblis,syurga,neraka...
..Membaca helaian demi helaian..
tubuhku seram sejuk,jantungku berdegup abnormal
berfikir tentang saat akhir hidupku..apa ak bisa seperti Abdul Hafidz al-Farisi?
(watak utama buku tu..)
insan biasa yang terlepas daripada pertanyaan Munkar n Nakir,
n semua malaikat yg bertugas sepanjang perjalanannya ke syurga.
Oh Tuhan..
alangkah beruntungnya kalo kita begitu.
..Lalu novel ini menyeretkan diri ku kepada sebuah keinsafan.
nilai sebuah keikhlasan..
yg dicarinya bukan syurga,yg dijauhkan dari dirinya bukan neraka..
yg dimahukan cuma sebuah cinta Rabb,
yang digapai apabila hati ternyata benar2 suci,
Dambaan setiap ahli sufi..
persis syair Rabiatul Adawiyah..
(syair yg selalu ada dlm buku yg menceritakan perihal Rabiatul Adawiyah)
..Serasa jauh benar kita dibandingkan dgn mereka..
namun berdoalah agar pengakhiran hidup ini dalam iman,
teruskan perjalanan ini biarpun payah.
Biarlah jatuh berkali2,asalkan dirimu dpt bangkit kembali.
Dia xpernah jemu menerima taubat darimu..
Kata ustaz Pahrol,
mengapa mesti takutkan mati?
sedangkan mati itulah yg membuat kita kembali kepada
yang membuat kita bermula.
mati itulah yg menemukan kita denganNYa..
Kekasih yg seharusnya saban hari dirindui..
Moga kita di kalangan itu,yg merindui saat itu..
..amin..
No comments:
Post a Comment