Monday, March 22, 2010

..hati ini berbicara lagi..


..hati ini berbicara lg..ye,aku emo. Bukan aku xmahu mengawal perasaan ni cuma sekeping hati yg lembut itu sgt sukar menghadam bicara tajam daripada seorang yg bergelar sahabat. Kerana perkataan n tingginya nilai persahabatan itu aku menyuburkan sepenuhnya kesabaran dalam diriku. Biar berjuta air mata mengalir xterhitung bilangannya, aku tekad menjaganya semampuku. Nilai sebuah persahabatan yg sejati harus dibayar dgn pengorbanan, air mata dan berjuta torehan di hati.



..Aku cuma ingin menjadi sekuat Nabi. Tetap saja tersenyum meski hati disakiti. Tatkala aku hiba lantaran kata2 kasar dilemparkan padaku, dia menjadi inspirasi dalam aku meminjam secebis kekuatan dari Nya, Pencipta alam. Lantas aku membayangkan bagaimana kekasih Allah itu menahan sakit lantaran perbuatan kafir laknatullah. Masih lagi baginda bersabar dengan umatnya padahal blh saja Baginda menerima cadangn Jibril untuk menghempapkan umat itu dgn bukit bg membayar kejahatan mereka terhadap kekasih Allah..sedang aku?hanya dilempar dgn kata2 kasar. Tidak pn cedera,tidak juga berdarah. Mungkin cuma secalit luka pd qalbu yg rapuh..Yg pasti,aku harus bermuhasabah lg..mujahadah ku harus makin panjang,Tuhan..pinjamkan lg kekuatanMu..aku sedar aku lemah tanpaMU ya Rabb..

No comments: