Wednesday, August 31, 2011

..p.u.r.d.a.h..


..sekadar hiasan..

..suka kn tgk org berpurdah.
rs macam waw..

they are really proud 2b muslim!

pernah jugak ada keinginan berpurdah

since sek men kot

tp bila pikir blk..
emm.. mcm ada sesuatu yg xkena
if ak pakai purdah buat masa ini
(just an opinion :)

cari punya cari..
emm jumpa pun ^_^

النقاب والعصر

وفي مسألة أخرى قال الشيخ القرضاوي ردا على سؤال حول وجوب ارتداء النقاب من عدمه: لنقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن".


وأرجع الشيخ ذلك إلى أن "المحجبة قريبة قليلا (من المتكشفة)"، متسائلا: "أما المنتقبة فكيف تستطيع أن تدعو المتكشفة وبينها وبينها مراحل ومراحل؟"


وأضاف: "لي رسالة اسمها النقاب بين القول بفرضيته والقول ببدعيته.. هناك أناس يقولون إن النقاب بدعة، وأناس يقولون إن النقاب فرض، وأنا لا أوافق هؤلاء ولا هؤلاء".


وأوضح: "النقاب ليس بدعة.. (هناك) قول في مذهب الحنابلة وقول في بعض المذاهب، وإن كان جمهور الفقهاء يرون أن وجه المرأة ليس بعورة، حتى الإمام ابن قدامة شيخ الحنابلة يقول في (كتاب) المغني: والمذهب أن الوجه ليس بعورة
Link
..sekadar hiasan..

Terjemahan:
Purdah dan zaman kini.

Dan pada masalah yang lain
, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "purdah adalah satu perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian ulamak yang lain mengharuskannya..namun, saya tidak berpandangan bahawa ianya adalah wajib..Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat demikian..Namun, pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul dengan wanita yang tidak bertudung (membuka aurat) dan mendekati mereka."

As-Syeikh merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "wanita yang bertudung (tidak berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung) [(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "bagi wanita yang berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung (tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"


Beliau menambah dengan katanya: "saya mempunyai satu risalah tentang purdah; satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak ini".


Beliau menjelaskan bahawa "berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan jamhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali (juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat."


sekadar perkongsian,
salam sayang ^_^
credit to this blog

Tuesday, August 30, 2011

..sendu malam syawal,,


..ada yg menangis pd malam ini
mungkin krn xdpt pulang ke kg
atau
teringat mereka yg telah pergi
atau mungkin

mnangisi Ramadhan yg tlh berlalu
dan mungkin

ada yg terharu pd hari kemenangn ini
tp aku sebaliknya,

tangisku kerana
si cokelat sakit lg........
i'm sick of this!

..kdg2 kita tdk mahu sesuatu tu terjadi
selalu mengelak utk tdk mmbiarkan ia terjadi,
kerna kita tahu seandainya ia terjadi,
kita bukan satu2nya yg menangisi

atau dlm erti kata lainnya

kita juga akn menyusahkan org lain.
namun, tetap saja ia terjadi

bukan sekali.
tp berkali2!
dan kerana apabila ia terjadi,
kita terpaksa menyusahkan org yg kita syg..

lalu kita atau lebih tepatnya aku!
memilih utk menangis..

(tengah2 mlm plak tu)


si cokelat cepat lah sembuh..
seharusnya kamu yg terakhir,

xmungkin ada lg yg lain..

aku penat :'(




..sepatutnya 1 Syawal kene lah post pasal Aidilfitri
aku ni post psl lain plak..
emm ada kaitan ape,bila si cokelat sakit,
xdpt bce msj aidilfitri kn :(
apepun,salam aidilfitri..maaf zhr n batin ye..



Monday, August 29, 2011

..Koreksi air mata semalam..





"Sekiranya umatku mengetahui
kebaikan
di dlm
bulan Ramadhan nescaya
mereka menginginkan agar
sepanjang tahun
semuanya menjadi Ramadhan"

Al-Hadis

..Di ketika aku mnyentuh Ramadhanku
sujud pertamaku basah
atas hadirnya hiba

terharu pd sebuah kesempatan
dipilih oleh Mu utk selayaknya
bertemu kembali sang kekasih
1 yang terunggul berbanding seribu yg laen!



..Namun ak terlupa,
dlm meniti Ramadhan penuh megah
'istirehat'ku tetap setia pd agendanya
Luluh!
utk apa Ramadhan begini?
andai yg kuraih cuma sebahagiannya..
Ah,syukur tidak lama!
kembali disinarkan hari
menyedari berjuta hikmah
terselindung disetiap aturanNya..

..Tuhan..
ak akur,
Ramadhan ini tetap akan pergi
walau seluruh pelosok dunia
mnangisi pemergiannya
meruntun n merayu agar Ramadhan itu
tdk akn pernah berlalu
namun,tetap saja!
ia setia pd aturan Pemilik Seluruh Dunia



dan sungguh,
andai dipanjangkan Ramadhan ini
ak terlalu ingin..
kembali menampal cela
pd seluruh persembahanku

menahan tika terlepasnya amarahku
menambah pd kurangnya sujudku
mengait doa pengampunan tulus dariMu
menyelit ikhlas pd semua amalanku
dan..
menghargai d setiap detik dlm RamadhanMu



..Namun Tuhan..
ak sedar,
semalam tidak mungkin ku raih
perginya utk kali ini xmungkin kembali
Lalu,
atas segala kekurangan hambaMu
Semoga saja Kau berbaik hati
menerima Ramadhanku kali ini selayaknya
Ya,
andai masih ku gapai sebuah kesempatan,
izinkan ak mnyentuhnya lg..
kerna koreksi air mata semalam
menjadi saksi,
bahawasanya
ak semakin mengerti..

akan indahnya Ramadhan!





Saturday, August 20, 2011

..Impian dan harapan..



"Maisarah,masuk bilik sayang. Ada tetamu"pinta umi lembut.Aku akur..Satu jam,dua jam. Pintu bilikku dikuak..Umi tersenyum namun umi langsung tidak pandai menipu kerna masih terlihat kehambaran dsebalik senyumannya. Dan umi tidak perlu bicara sepatah pun kerna aku sudah mngerti. Rambutku dielus lembut tuntas dahiku dicium. Dan di ketika itu jua,entah kali ke berapa air mataku mengalir lagi. Antara impian dan harapan. Rahsiaku tersimpan rapi dalam genggaman Tuhan. Juga umi,satu-satunya insan yang aku percayai.

"Cukuplah selama ini sarah menolak. Abi mahu kali ini sarah terima. Muktamad!" suara Abi lantang berupa arahan. Sudah tidak ada lagi yg boleh berkompromi. Umi menunduk. Along membisu..juga adik-adikku yang lain. Oh Tuhan..Ini lah penamat kepada perbincangan keluargaku atau lebih tepat perbincangan tentang ku. Malam itu tidak lagi seperti biasa. Seusai menghabiskan bacaan surah Al Mulk,aku membatu di sejadah hijauku. Air mata masih lagi mengalir bahkan dari seawal aku memulakan bacaanku tadi. Antara impian dan harapan..aku larut dalam gema surah al-Baqarah ayat ke 216.
Ku raih sebuah kotak kecil dari almari. Isinya ku genggam erat lalu jasadku tertinggal di sini. Namun, roh ku sudah pun berlari jauh merentas lautan menjengah padang pasir dan hangatnya mentari. Dan berdiri megah di hadapanku kini adalah salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Ya,sebuah piramid. Tuntas, aku rebah menyentuh bumi.
"Seandainya kamu tahu.." lirih hatiku.



"Umi,sarah terlanjur mencintai seorang lelaki. Lelaki yang jauh lebih baik daripada sarah. Baik pada agamanya,akhlaknya, dan pendidikannya. Sarah terlanjur meletakkan dia di dalam hati sarah. Lalu,bila Allah mentakdirkan dugaan sebegini. Sarah tidak kuat umi.."tangisku luruh lagi. Dan kini,tangis umi beradu. Sejak kehadiran tetamu yang meminangku beberapa hari lepas,umi semakin kerap menemaniku. Faham benar akan gelodak perasaan yang melanda anak sulung perempuannya yang satu ini.
"Maisarah,anak umi..hati mu milik Tuhan. Tuhan mengetahui apa yang terbaik untukmu. Boleh jadi apa yang kamu senangi itu bukan yang terbaik untukmu sayang.."
Allah..bergema lagi ayat Allah yang satu ini..Redhalah Maisarah akan takdir Tuhanmu.

Buzz buzz. handphone ku bergetar. Tersentak pada sebuah nama yang tertera di skrin si cokelat a.k.a handphoneku.
"Salam.awk apa khabar?"
"Alhamdulillah..awk?"
"Sihat.Alhamdulillah..nk bgtahu berita gembira ni!"
"Apa?"
"Bulan depan sy kawin?"
"Serius?!Dgn?"
"Rahsia!T sy bgtahu k. Gotta go.ngah ada program"
Si cokelat jatuh daripada genggaman tanganku. Dadaku bergetar hebat.

Allah..
Seandainya dia bukan untukku,jauhkanlah dia dariku. Itu adalah sebahagian daripada doaku saban hari.Dan ya,doa itu telah termakbul. Lalu,apa aku mahu mempertikaikan takdirNya ini??
Maisarah,kamu harus redha..Redha? Seminggu juga doa2ku selepas solat ditemani air mata. Tuhanku,betapa susahnya untuk redha. Bantulah hamba Mu..

..'Suluhkan cahaya di hati terang,
tunjukkan jalan seandainya hilang..'
Belum pun sempat aku menghabiskan bait lirik lagu hambaMu yang menjadi soundtrack rancangan Imam Muda, pintu bilikku diketuk. Terjengul along di muka pintu sambil menayangkan senyumannya yang ala2 iklan gigi.
"Boleh along masuk?"
Huh,dah masuk baru tanya. Aku mencebik tanda protes.
"Ok,tanda protes tu along kompius. Either sebab along masuk dulu baru minta izin atau sebab rombongan meminang tempoh hari? Kalau sebab the second one tu..emm..emmm..But you are 27th now my dear adikku yg dh tak berapa comel. Abang just tolong rekemenkan je pun. He's good what.."
Aku diam. Kalau berbicara dengan along,aku lebih suka mendengar. Suasana menjadi sepi.
"Angah marah?Jap2..kenapa angah tolak pinangan lelaki2 sebelum ni? Dah tiga orang kot. When Abi ask you why,you didn't give any answer. Padahal semua pun bukan calang-calang along tengok. Or..angah dh ada someone?"
Bagaimana harus diberi jawapan kepada soalan yang satu ini kerna aku sendiri tidak pasti. Pemuda yang aku cintai tidak pernah pun berbicara soal hati atau..yang sewaktu dgnnya. Lalu,jawapan yang terbaik adalah menggeleng. Dan mengeluh perlahan sambil berharap keluhanku tidak akan didengari oleh along.
"Terima jelah. Abi cuma risaukan angah..tuje. Lagipun,adik member along tu ok. Abang dia ok,mesti adik pun ok kan. Along dh jumpa budak tu sekali..By the way, kalau yang cincai-cincai je along takkan suruh angah terima taw. Baik angah terima or u'll be regret haha"
Macam tu je. Lepas tu,along berlalu..Huh..Ya,menurut umi,empunya diri yang ingin memperisterikan diriku tidak hadir pun tempoh hari cuma abang merangkap kawan baik along yang datang. Kenapa dia tak datang? Entah..kata along, die belajar kat oversea. Harus ke aku ambil tahu??

"Salam.dah tahu ke Faiz nak kawin bulan depan?"
"Dah."
"Pegi?atau..tak sanggup?"
"Hah nk mengarut la tu. Emm tengoklah.."
"Sarah kecewa ke?"
"y?"
"K,tukar topik!tahu ke dia ngn sape?"
"Dia ckp secret!"
"Ceh,same lar.dia pn ckp kt sy secret"
"Pegi?"
"Ofcoz!sarah pegilah..baru meriah..bukan ke sarah xpernah tengok Faiz. Korang ber'penpal' dh lame kot.emm tp jgnlah pakse diri if rs xboleh k :p"
"huh mengarut!"
Kawan dia yang satu ni sememangnya pandai membaca hatiku. Dia,Haikal. Kawan sekelasku merangkap bestfriend Faiz masa sekolah dulu. Tak sangka,jumpa kawan dia dan ditakdirkan belajar di satu universiti..tp dia,sekali pun aku tak pernah jumpa. Namun, tak semudah itu menyelongkar sebuah rahsia hati. Biar diasak gurauan berupa kebenaran saban hari. Aku masih setia menafi. Sampai bila? Sampai aku betul2 yakin yang dia sememangnya bukan untukku. Amat beruntung sekali perempuan yang berhasil meraih cintanya. Cinta seorang hafiz. Juga bakal doktor berkelulusan Al Azhar. Masyaallah..Tuhan saja yang tahu betapa aku cemburu. Dan pasti,perempuan itu benar2 solehah dan baik akhlaknya..berbanding diriku.



..2Jun20_ _..
My wedding's date!
Tarikh yang dipilih oleh bakal suamiku. Ya,ak telah meredhai untuk menggelar 'dia' bakal suamiku. Siapa? Bukankah sudah tiada kompromi dengan keputusan abi. Dengan hanya beberapa pujukan umi dan kata-kata along, aku terima. Demi mereka,orang-orang yang aku kasihi. Tulus. Bahkan, Allah telah pun menjawab doaku sehingga aku benar2 redha yang Faiz bukan jodohku dan kini kami benar2 semakin jauh. Berita pernikahannya yang bakal berlangsung bulan ini adalah berita terakhir aku dengar daripadanya. Masakan orang yang bakal berkahwin masih ingin berhubung denganku sedang dia bakal mempunyai isteri. Dan sengaja aku hanya mengundang teman rapatku untuk menghadiri majlisku nanti,tanpa ku khabarkan kepada dia. Ya,aku sengaja!
Walhal aku yakin,aku tidak kuat andai aku benar2 melihatnya di hadapanku kelak.

"Salam.sarah, Faiz kawin 3jun ni.."
"Ok Haikal.terima kasih sbb bgtaw"
3Jun..emm kenapa harus dipilih tarikh sedekat itu?Apa sudah tidak ada tarikh lain? Allah..mengapa harus ditakdirkan sebegini..Sampai bila aku harus mengingati dia sedang aku bakal punya suami sendiri..
"Umi, Sarah boleh bahagia tak?" aku masih lagi membelek isi kotak kecil itu..Dan ia berpindah tangan. Umi memasukkan kembali isi kotak itu ke dalamnya. Aku sebak.
"Yakin pada aturan Tuhan..Sudah sampai masanya sayang.."
Dan aku melihat umi berlalu bersama kotak kecil itu. Benarkah sudah sampai masanya?Bukankah aku telah redha??



..Harinya tiba. Di saat pagi masih berembun,hanya terdengar kokokan ayam dan jeritan si cengkerik. Aku bangun dari tidurku yang pada hakikatnya tidak terlena. Wajahku basah dengan wudhuk. Hatiku tenang mengadapNya. Dia, penyimpan segala rahsia. Dan Dia,pemilik segala di dunia..
"Tuhanku,aku redha akan takdirMu.
Andai benar dia untukku,
jadikanlah dia yang terbaik untukku.
Biarpun Engkau tahu aku pernah mencintai hambaMu yang satu itu.
Lupuskanlah rasa cinta itu untuk ku semai seadanya pada yang berhak..."
Doa ku tenggelam dalam esakan yang tidak kuasa lagi ditahan..
Antara impian dan harapan!

"Sarah,pegi tak esok?"
"Pegi mana?"
"Ya Allah,kenduri Faiz lah.."
"X.sori sarah ada hal"
Handphone ku matikan. Allah..bantulah aku.bantulah aku ya Allah..

"Umi tak pernah dengar Sarah bertanyakan tentang bakal suami Sarah"Umi yang daripada tadi merenung aku yang sedang disolek tiba2 bersuara. Solekan Kak Nur,isteri along juga terhenti. Tuntas diteruskan kembali.
"Entahlah umi. Sarah redha. Baik pada Abi,Umi dan along,baiklah pada Sarah kan" Mencuba sedaya mungkin untuk tersenyum. Menyenangkan hati umi itu wajib bagiku.
"Sarah tak nak tahu bakal suami Sarah macam mana?Along ada simpan gambar dia"
Umi berusaha memujuk.
"Tinggal beberapa jam je lagi sarah akan diijabkabulkan umi. Sarah terima apa adanya..Bukan ke umi ada cakap,kalau baik pada agamanya baiklah semuanya.Insyaallah..kata along,dia itu cukup baik"
Allah..kuatkan aku. Air mataku bertakung di kelopaknya. Gelabah Kak Nur mencari tisu.
"Angah jangan nangis,habis makeup tu!" Kak Nur mnggerutu perlahan. Takut didengari umi. Belakangku digosok lembut. Beruntung aku punya kakak ipar sepertinya. Layanan persis punya kakak kandung sendiri."Insyaallah sayang.. dia yang terbaik buat anak umi ni.." Aku kini di pelukan umi. Terasa tenang dan nyaman. Hilang gusarku sesaat.

Ku tatap pantulan wajahku yang telah sempurna disolek. Kak Nur dan umi sudah lama keluar menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki. Aku memandang handphone ku silih berganti dengan wajahku di hadapan cermin. Apalah Kak Nur susah-susah mencalitkan lip gloss dan pemerah pipi,padahal hanya terlihat sepasang mataku yang bercelak sahaja kerna aku bertekad untuk memakai purdah!Dan fikiranku melayang lagi.Faiz pasti sedang bahagia sekarang menunggu detik pernikahannya esok.. Ah,kenapa harus memikirkan tentang itu lg??



Dihadapanku kini terdapat puluhan orang mengerumuni abi ku yang aku kira bakal mengijabkabulkan pernikahan ku dengan lelaki di hadapannya. Ya,bakal suamiku. Usah ditanya siapa gerangannya kerna ak tidak bisa melihatnya secara jelas. Jauh. Dub dub dub..seusai pasti aku sah menjadi miliknya,tubuhku dipeluk erat oleh umi. Oh hampir terlupa,yang di sebelah ku adalah bakal ibu mertuaku yang bukan lagi bakal.. Air mataku berjurai..Sebak!
"Faiz,di ketika saya menjadi milik dia,adalah di ketika awak sememangnya bukan untuk saya.."
Butiran tasbihku terlerai..Penglihatanku samar dek takungan bulir2 jernih yang mengalir tanpa belas. Tasbih? Ya,baru tadi umi memulangkan kembali isi kotak kecil tersebut. Entah kenapa aku tidak pasti!
"Assalamualaikum,nama awak sapa?"
Aku tunduk membisu. Tidak berdaya mengangkat muka dek dipagut rasa bersalah.Masakan di hari pernikahan ku,fikiranku pada lelaki lain bukan suamiku.
Tanganku diraih. Cincin disarung.



..Sebelum segala sketsa berakhir,seusai cincin disarungkan ke jarinya dan sewaktu tangannya ingin kukucup..aku menangkap jelas gambaran wajah mulus lelaki di hadapan ku.Allah..bantulah hambaMu..Hilangkan wajah itu daripada pandanganku.Laju tangannya ku kucup,gusar andai riak wajah sebak diperhati. Namun,sewaktu wajahnya didekatkan pada dahiku,aku semakin pasti!Terasa panas mukaku dek terkena desahan nafasnya perlahan..
"Bismillahirrohmanirrohim..Saya Muhammad Faiz bin Hashim amat mengasihimu, Maisarah binti Muhammad"
Allahuakhbar!! Terasa seperti langit runtuh menghempap tubuhku. Kutatap lama wajah lelaki dihadapanku. Sesaat,dua saat dan tiga..Dia tersenyum.
Aku melarikan pandangan atau sebenarnya sedang sibuk mencari kelibat along. "Maaf,umi baru tahu tadi" tanpa dipinta umi yang berada di sebelah ku bersuara. Dan di suatu sudut rumahku,terlihat Along dan Kak Nur bersama iklan giginya.. Huh,aku mencebik tanda protes. Oh lupa, abi pula terpinga-pinga. Tidak tahu hujung pangkal cerita barangkali.
"Ehem!jangan salahkan diorang. Semuanya plan saya. Suprise..haha By the way,kenapa lama sangat nk recognise saya?" lelaki di hadapanku ini bersuara lagi. "Dan.." tasbih dari genggamanku berpindah tangan."Macam kenal je tasbih ni" senyumannya melebar.. Aku tertunduk atau lebih tepat aku sebenarnya teramat malu. Soalannya ku biar bagai angin lalu..Hanyut dalam lautan kesyukuran.Terima kasih Tuhan, atas impianku dan harapan mereka yang mengasihiku. Kau mengizinkan aku meraih kedua-duanya. Alhamdulillah..



"Dan..jawapan pada soalan tadi??" suamiku menyiku lembut.Oh aku terlupa!
"Emm..masakan saya bisa menyedari suami saya ni adalah awak. Bukan ke kita tak pernah berjumpa dan saya cuma melihat gambar awak di FB. Lagipun..tiba-tiba hari ni awak tak pakai cermin mata!Eh kejap! Haikal tahu ke?"
"Kita tengoklah reaksi dia bila datang rumah saya esok"
"Macam mana boleh..." belum sempat aku menghabiskan bicaraku, si cokelat bergetar. Tertera nama Haikal. Pandangan kami bertaut..hehe panjang umur dia.



-the end- ^_^





Secret of the Heart
..Blueyescrystal..

..Teringat zaman sek.men. dulu,
ske sgt wat cerpen smpai penuh 1file emm..














Tuesday, August 16, 2011

..andai bukan d dunia..



"Kematian tidak pernah memisahkan
sebuah cinta.
Andai hati tulus dan ikhlas,
kematian itulah yang akan menjadi
penyambung kepada
sebuah perhubungan yang abadi..
di hadapan Tuhan"

..andai bisa..

Thursday, August 11, 2011

..moga bukan yg terakhir..




..bila start puasa xtahulah kenapa,
terus teringat raya.
hah,xsabar nk raya?
bukan..
terfikir bagaimana berbezanya
raya tahun ni..
dr kecik,salu raya kt kg.
cuma mase dok sabah penah raya kt umah
ye kot..lupe dh..

..tp taun ni,
mungkin raya kt kg jgk.
cuma kg sebelah umi.(dungun)
tok dh xde,
emm dh xde umah kayu,
dh xde semua nk berebut bilik tido,
dh xde semua laki kne tido kt ruang tamu,
dh xde kne beratur pnjang
tgu nk masuk bilik air..
dh xde nk pikir menu pg raya,
yg psti,
dh xde tok!


..tok..

..jejak je ramadhan,
teringat kata2 tok mse dkt2 raya.
"dh nk hbs dh ramadhan,
tah sempat ke x ramadhan taun depan.."
tok ckp bnyk kali..
rupanya betul2 tok xsempat
sambut ramadhan taun ni..
dh sepuluh hari ramadhan berlalu
smpai skrg ape yg tok ckp tu
salu terngiang2 kt telinga..
tu la sumber inspirsi ak,
kalo dtg cik malas!!



..tok dh melepasi kehidupan dunia,
tok dh tahu pn mcm mana
kehidupan kt alam sana,
tp ak masih lg kt dunia
baek buruk kehidupan ak kt sne,
ak sndiri xpasti..
yg pasti,
bekal hari ini harus ada
10 hari strusnya..
harus lbh baek drpd 10 hari yg dh pergi
dan..
yg plg penting,
ak mahu jadi org yg
LAYAK

mnyambut hr kemenangan!!
insyaallah..



..bila rindu mnjengah..