Sunday, November 22, 2009

Allah berjanji menerima doa hamba-Nya..


"Janganlah kelambatan waktu pemberian (Allah kepadamu) menyebabkan putus harapanmu (kepada perkenan Allah terhadap doamu) padahal kamu bertalu-talu dalam berdoa kepadaNya.. sebab Dia telah menjamin kepadamu untuk memperkenankn doamu menurut apa yang Dia pilih untukmu,bukan menurut apa yang kamu pilih untuk dirimu,dan Dia (memberi) menurut waktu yang Dia kehendaki bila menurut waktu yang kamu kehendaki.. " ..Ibnu 'Athoillah as-Sakandari..

"Berdoalah kepadaKu,nescaya akanKu perkenankan bagimu" (Al Mukmin:60)

Saturday, November 21, 2009

Taubat seorang hamba..


"taubat seorang hamba lebih disukai oleh Allah daripada kesukaan orang yang menemukan semula barang berharganya yang hilang"


petanda orang yang bertaubat:

  • tunduk,mudah tersentuh hatinya,senang menangis
  • tika orang lain tenang,die tidak boleh tenang kerana takut
  • sentiasa menghadap Allah dgn kesedihan yang mendalam
  • apabila mengingati dosa-dosa lalu,ia mengalami kesedihan yang mendalam & gemuruh hati yang luar biasa
  • ait matanyakering kerana terlalu banyak menangis
  • lalu hatinya berbisik,
"esok adalah masa untuk berlumba dan mengurangkan hal keduniaan,agar aku bisa melalui titian dgn selamat,amin..


hakikat muslim

Umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tuju wawasan
dunia & akhirat wawasan dunia & akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuh di dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan & akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah
aqidah ibadah harus sempurna
ibadat tanpa aqidah wawasan syaitan
ulamak warisan anbiya'
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib dihindari


suara firdaus:menuju wawasan


Tuesday, October 27, 2009

Insaf lerr..


Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.



Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Sunday, October 25, 2009

balik kg oooo blk kg..hehe

home sweet home..

actually bukan kat umah pn..kat kampung.
best rasanya dapat blk kg,jumpe tok.
sian tok dok sorg2..
tp tok da ade teman taw,si kuning heehee
comel lote,bulat jerk
tp agak kotor,tok geli nk mandikan huhu
kalo nk pas keje tu kat aku,mtk maap la yerk
kat umah pn erah yg wat keje2 cm tu taw
emm..blk kg ni kena pandai manage mase,study2..
yelah,sekarang bukan holiday an.tapi..
study week.tak tahu ar cmmana nk wat jadual.
umah tok ni sejuk memanjang..
asyik nk jadi sleeping beauty jer..huhu
apa yang penting aku merasa sangat tenang
tidak disakiti dan tidak jugak menyakiti=)
abang suruh dok sampai jumaat tp..
aku takut xdapat study ar,
kat sini memang tenang tp banyak gak dugaan
kena masak,tv lg,tido lg hehe
t la aku pikir lu huhu
lagipun sian lak ngn 'makcik' sorg tu
kurus t sebab xde org nk teman die g makan
kuikuikui..
k,time tooooooo STUDY!!!!