..kita manusia
mengahwini seorang manusia
kelebihannya kita nikmati
keburukannya kita hadami
sedar tak sedar..
kita mendua
mendua dengan sebuah ksempurnaan
membiar hati
merasa sepi..
kau terlalu itu
terlalu begini
dan terlalu yg banyak
mengaibkan seorang lelaki bernama
suami
atau seorang wanita
bernama isteri..
lupakah kita,
siapa YANG MEMBERI
hadiah yg tak mungkin berganti
hadiah yg xmungkin kita dpt cari
hadiah yg hadirnya cuma skali..
semalam,
kita minta dia
kita idam dia
kita impi dia
dan kita terlalu mahukan dia..
usai Allah bg,
kita akhirnya tidak sedar diri
mlempar rasa syukur itu sepi..
..sedarlah hati,
pd dia yg engkau cintai
pilihan Allah yg sungguh2
tidak ada yg silap
tidak ada yg kurang
yg terkurang hnya mungkin..
pd doamu...
andai dia terkhilaf
kasihilah dia dengan
mendoakan.
kerna yg memegang hatinya
adalah YANG MEMBERI itu
dan andai benar
kita mencintainya kerana Allah
pintalah pdNya..
semua kebaikan untuk yg dicintai itu..
..dia suamiku
atas setiap kekurangannya
ak redha
atas setiap kelebihannya
ak syukur..
dan pd setiap kesilapannya
ak mendoakan,
smuanya Allah hadiahi
untuk kebaikan
bukan hanya utknya
malah juga untukku dan
seisi mahligai dunia yg dibina
untuk jannah kelak!
amiin...